Friday, October 15, 2010

i've got something to share,,


Just want to share ,, what we can do to get Jannatullah . It is not too hard ,, hoping that everyone could do all this thing and stay with full of iman and islam,, ;)

  • Menuntu ilmu "barang siapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah memudahkan baginya dengan ilmu itu jalan menuju syurga"
  • Berdakwah kepada Allah "Barangsiapa yang mengajak seseorang kepada petunjuk (kebaikan), maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun"
  • Menyebarkan salam "Kamu tidak akan masuk syurga sampai kamu beriman, dan tidaklah kamu beriman (sempurna) sampai kamu berkasih sayang. Mahukah aku tunjukkan suatu amalan yang jika kamu lakukan akan menumbuhkan kasih sayang di antara kamu ? (iaitu) Sebarkanlah salam.
  • Memperbanyak doa dikala sujud terakhir "keadaan hamba Allah yang paling dekat dengan Tuhannya adalah ketika dia bersujud, maka banyakkanlah berdoa ketika kamu bersujud itu"
  • Membantu membayarkan hutang "Barangsiapa meringankan beban orang yang dalam kesulitan maka Allah akan meringankan bebannya di dunia dan si akhirat"
  • Menutup aib orang lain "Tidaklah seorang hamba menutup aib hamba yang lain di dunia kecuali Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat"
  • Menahan marah "Barangsiapa menahan marah padahal dia mampu melakukannya maka kelak pada hari kiamat Allah akan memanggil di hadapan para makhluk dan menyuruhnya untuk memilih bidadari yang disukai"
  • Solat subuh dan asar berjemaah "Barangsiapa yang solat pada waktu pagi dan petang (subuh dan asar berjemaah) maka dia masuk syurga"
  • Solat dua rakaat setelah melakukan dosa "Tiada seorang hamba yang melakukan dosa, lalu dia berwuduk dengan sempurna kemudian berdiri melakukan solat dua rakaat, lalu memohon keampunan Allah, melainkan Allah mengampuninya"
  • Selawat kepada Nabi "Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali maka Allah membalas selawatnya itu sebanyak sepuluh kali"
  • Puasa "Tiada seorang hamba berpuasa satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkannya dari neraka 70 tahun"
  • Menyembahyangkan mayat dan mengiringi jenazah "Barang siapa ikut menyaksikan jenazah sampai disolatkan maka dia memperoleh pahala satu qirat. Lalu dikatakan: 'Apakah dua qirat itu?' Beliau berkata: 'Seperti dua gunung besar' "
  • Keutamaan mengucapkan Laa ilaaha illaha dan Subhanallah wa bihamdih "Barang siapa mengucapkan: 'Laa ilaaha illaha' 100 kali dalam sehari, maka baginya seperti memerdekakan 10 hamba, dan dicatat baginya 100 kebaikan, dan dihapus dari 100 kesalahan, serta doanya ini menjadi perisai baginya dari syaitan pada hari itu sampai petang. Dan tidak ada seorang yang mampu menyamai hal itu, kecuali seorang yang melakukannya lebih banyak darinya."
  • Menyingkirkan gangguan dari jalan "saya telah melihat seseorang bergelimangan kenikmatan di syurga disebabkan dia memotong pohon dari tengah-tengah jalan yang menganggu orang ramai"
  • Berbuat baik kepada binatang "ada seorang melihat seekor anjing yang menjilat debu kerana kehausan maka orang itu mengambil kasutnya dan memenuhinya dengan air kemudian memberi minum kepada anjing tersebut, maka Allah berterima kasih kepadanya dan memasukkannya ke dalam syurga"
  • Mentaati suami "Apabila seorang perempuan menjaga solatnya yang lima waktu, berpusa di bulan Ramadhan, dan menjaga kemaluannya serta mentaati suaminya maka dia akan masuk syurga melalui pintu mana saja yang dikehendaki."